29-30 NOV 2017, Kursus PUNB
Saya di KL untuk kursus induksi bagi pembiayaan oleh PUNB. 2 hari. Kursus wajib untuk semua usahawan yang sudah lulus pembiayaan perniagaan oleh PUNB. Kursus ini syarat sebelum usahawan dapat cash. Saya gerak awal sehari, malas nak terkejar-kejar. Bulan ini agak kerap saya keluar, hampir 15 hari atau setengah bulan untuk belajar sahaja. Sampai kepala pun naik pening, terlalu banyak input.
Hotel Quality, KL
Usahawan yang terlibat tak ramai & tak juga sikit. Dalam 25 orang lebih kurang. Dan saya antara usahawan muda kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Hari pertama macam biasa, sesi bersuai kenal. Alhamdulillah, ada juga yang satu negeri dengan saya, Pahang. Dan lebih untung, sebelah kampung je. Bukan apa, lepas ini senang untuk berhubung & belajar terus sebab dekat. Saya usahawan muda, masih banyak nak kena belajar dari otai-otai.
Hari ini rezeki saya, kena dengan orang-orang yang bisnes dah lama. sales pun hampir jutaan ringgit setahun. Tapi yang best, masih kekal low profile. Makin banyak saya bergaul, semakin ramai orang-orang berjaya yang merendahkan diri & sangguo bergaul dengan orang muda yang mentah dari segala segi macam saya. Dari sehari ke sehari, membuatkan saya yakin yang sebenarnya dalam perspeksi orang kebanyakkan ini yang orang kaya ini berlagak & sombong itu sebenarnya hanyalah perseksi semata-mata. Tak dinafikan yang ramai juga yang sombong, angkuh & riak. Tapi tak tahu kenapa, Tuhan kenalkan saya dengan orang-orang kaya yang low profile. Sekali tengok, macam orang biasa sahaja.
Kesimpulan saya, yang sama ada kita kaya ataupun miskin, berjaya ataupun tidak, untuk membangga diri itu pilihan masing-masing. Ramai sahaja yang miskin & tak ada apa-apa pencapaian yang nak dibanggakan, mendongak dada mengadap langit, sombong tak tentu pasal. Dan ramai yang kaya raya & sentiasa memberi manfaat pada orang sekeliling, kekal tunduk merendah diri. Jadi, betullah yang hidup ini tentang pilihan.
Abang Mie Vanggey
2 hari ini, rezeki saya kenal dengan Abang Mie Vanggey. Vanggey itu sebab dia tokey restoran ‘Nasi Kandar Vanggey’ atau lebih dikenali dengan ‘Nasi Ganja’. Tapi Abang Mie ini melayu, 100% melayu tulen kalau tengok dari warna kulit & tutur bahasa. Jadi saya pun mula-mula pelik, sebab saya sendiri ada kawan yang memang keturunan mamak & run restoran mamak sampai 3-4 biji. Memang kebiasaannya, susah nak tengok mamak beri pada selain mamak untuk buka restoran mamak dia. Nasi Vanggey asalnya di Ipoh, Perak. Dan Abang Mie salah seorang master franchise untuk jenama ‘Nasi Vanggey’. Macam mana deal itu wallahuallam.
Bukan nak cerita pasal ‘Nasi Vanggey’ sangat. Tapi apa yang saya belajar dari Abang Mie. Orangnya simple, tapi mesra. Boleh mendengar pendapat orang muda macam saya. Saya mula-mula cerita tentang diri saya, apa yang saya buat & perancangan bisnes masa depan yang ada dalam kepala saya. Jarang orang yang dah berjaya nak dengar nasihat dari anak muda. Saya puntak tahu berapa sales Abang Mie sebelum ini, sebab dia tak buka mulut pun. Dia banyak bertanya & saya yang banyak bercerita. Last-last baru dapat tahu yang kutipan jualan tahunan Abang Mie cecah 4 juta setahun. Average dalam 300k – 400k per month. Bila dengar terus saya malu sendiri. Yela, sebab saya pula yang banyak cerita.
Tapi Abang Mie steady, dia orang lama. Dia juga kata yang dia banyak tahu perkara baru dari saya. Terutama dari segi potensi online bisnes. Dia orang lama, saya orang muda. Dah tentu pengetahuna saya lebih mendalam. Tapi dia sendiri tak menyangka potensi online begitu luas.
Apa Yang Saya Belajar
Saya terlalu fokus pada teknik & menjual. Sedangkan terlalu banyak cara untuk buat duit. Melalui investnment & sebagainya. Dan Abang Mie ceritakan satu persatu apa yang dia lakukan. Perancangannya untuk bersara 2 tahun lagi. Saya kira kami banyak persamaan. Moga saya boleh capai apa yang Abang Mie capai suatu hari nanti. In Sya Allah.
Mahalnya ilmu yang ada pada orang macam Abang Mie ialah pengalaman. Itu yang orang muda macama saya tak ada. Jadi bergaul dengan orang yang lebih dulu makan garam dari kita membantu saya lebih matang dari usia. Cerita Abang Mie boleh jadi sempadan & tauladan buat saya. Macam mana Abang Mie boleh run restoran sampai 2 – 3 biji. Dan nak tambah lagi sebiji. Sesebuah restoran boleh kutip sales 7k per day busuk-busuk. Itu 1 restoran, bayangkan kalau ada 4 biji. Lu pikirlah sendiri….
Abang Mie banyak cerita tentang hidup. Apa yang orang muda macam saya kena buat sementara nafsu & ghairah masih tinggi. Tenaga masih kuat, akal masih ligat. Apa-apa pun saya yakin, aklau saya teruskan apa yang saya buat sekarang, In Sya Allah, satu hari nanti saya boleh capai seperti Abang Mie. Dan saya yakin mungkin lebih lagi. Siapa tahu rezeki Tuhan nak bagi kan?
Tq Abang Mie.