Brand Qarysma
Nak ada perniagaan sendiri impian ramai orang. Tapi ada yang berniaga menjual produk atau jenama orang lain. Tak ada salah pun menjual produk atau jenama orang, malah itu langkah terbaik untuk memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa ada risiko yang terlalu besar berbanding kita terus nak jadi ‘product owner’. Belajar berniaga sama sahaja macam bayi. Kita bertatih sebelum mampu berdiri. Kita berdiri sebelum mampu berlari. Ia proses yang hampir semua peniaga lalui.
Cuma saya pasti, hampir semua peniaga ada impian mereka tersendiri. Sama seperti saya. Impian untuk 2018, saya nak ada 1 jenama saya sendiri & perlahan-lahan saya sudah rangka ke arah itu. Ia bermula dengan hanya 1 idea. Tapi idea itu boleh bertukar menjadi impian bila kita lakarkan atas kertas & jika mula berfikir cara merealisasikannya, ia tak mustahil boleh menjadi sebuah kenyataan.
QARYSMA, Kenapa?
Kenapa Qarysma? Saya tidak ada kepakaran dalam formulasi produk. Saya bukan doktor. Saya sendiri kurang bersetuju bila ramai peniaga yang buat duit dengan sesuatu yang tangkap muat. Bukan kepakaran masing-masing. Contohnya, di mana logiknya seorang artis ‘claim’ dirinya pakar dalam penghasilan supplement kecantikkan sedangkan dia hanya ambik dari kilang OEM. Lebih parah bila artis atau orang biasa ‘claim’ pakar dalam bidang kesihatan contohnya kencing manis yang mana sesuatu itu memerlukan kelayakan yang tertentu untuk menjadi pakar.
So, Qarysma?
Saya terfikir, saya ingin mulakan sesuatu perniagaan berasaskan apa yang saya suka. Dan apa yang saya pakai sehari-harian. Baju, seluar, barangan kulit seperti wallet, belt atau mungkin minyak wangi bagi sesetengah orang. Dan tak lupa minyak rambut atau pomade, mungkin lagi pencuci muka & sebagainya. Wear Life Style. Sesuatu yang berkaitan dengan saya seharian & juga berkaitan dengan semua orang. Jadi saya mahu mulakan dengan jenama saya untuk hal-hal berkitan seperti itu.
Saya terinspirasi pada jenama seperti BONIA atau UNIQLO. Bagaimana mereka masuk dalam pasaran dengan niche yang tersendiri. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Jadi saya kena cari keunikan & target market saya sendiri. Banyak nak kena resarch ni!
So, kenapa Qarysma?
Qarysma datangnya dari perkataan karisma atau charisma. Perkataan yang melambangkan keanggunan buat wanita & keterampilan yang memukau bagi lelaki. Karisma sesuai untuk semua jantina. Dan juga sesuai untuk semua profession. Guru yang berkarisma, pemimpin yang berkarisma, bapa yang berkarisma, isteri yang berkarisma, jurutera yang berkarisma. Lihat, bukankah ia ‘related’ dengan semua orang. Ia juga relevan sepanjang zaman. Sama ada kisah legenda, “Hang Tuah yang berkarisma”. Atau untuk masa depan, “CEO masa depan yang berkarisma”.
Karisma 1 perkataan yang simple tapi difahami oleh banyak bangsa. Orang Malaysia faham, Mat Saleh pun faham. Malah Orang Arab pun tahu apa maksud karisma. Ia perkataan yang bersifat global. Worldwide.
So, Kena ‘Q’ & bukan ‘K’?
Ini soal jenama. Brand. Dan pemilihan jenama yang unik memainkan peranan. Sebenarnya, saya suka Qarysma itu dieja dengan ‘QARISMA’ atau “CARISMA’ ataupun ‘CHARISMA’. Tapi dari segi teknikalnya, itu semua dah ada orang yang punya. Tinggal QARYSMA sahaja yang tinggal. Nampak macam menarik je. Guna je la kan.
Ini impian saya. Target untuk 2018 & moga dipermudahkan. Saya percaya ianya tak mudah tapi ianya juga tak mustahil. Aap-apa pun, kita sebagai manusia harus berusaha & selebihnya serah pada Tuhan yang Maha Esa. Doakan ye.